Monday 3 April 2017

Tips Mendaki Gunung Kinabalu (as of March 2017)



Saya kali pertama mendaki gunung Kinabalu pada 28.03.2017

ini beberapa tips atau panduan buat kalian yg kali ingin mendaki gunung kinabalu.

1. Buat tempahan awal dgn ejen yg dilantik oleh Sabah parks spt Sutera Sanctuary Lodge (SSL), Amazing Borneo dll 
2. Tempahan paling awal ialah sebulan sebelum subject to availability. Sometime available jika ada org cancel.
3. Paling awal 3 bulan, inshaAllah ada. Once dah confirm ada, bayar deposit, pihak SSL akan emel details berkenaan tempahan,
4. once confirm, beli tiket kapal terbang (jika anda drp semenanjung)
5. sebaik2nya tiba di Kinabalu Park sehari sebelum hari nak mendaki dan bermalam di kawasan Kinabalu Park atau kawasan berdekatan sebab dah berada di tanah tinggi bagi tujuan "acclimatization", utk elak altitude sickness bila berada di puncak kinabalu.


Barang2 yg perlu dibawa menaiki ke Laban Rata (LR)  (KM6)
1. head lamp
2. baju hujan (preferably mcm baju hujan org naik motor kapcai tu, siap baju dan seluar) sebab tahan angin especially di puncak. (pengalaman saya sendiri)
3. poncho - baju hujan plastik pun boleh tapi kadang2 ketika di puncak angin yg kuat akan terbangkan poncho, habis basah juga.
4. sarung tangan yg kalis air. (ada di jual di chalet/lodge berdekatan kawasan kinabalu park)
5. extra socks (takut2 hujan nanti basah stokin pertama, ada la spare)
6. rain cover utk beg galas (backpack rain cover), plastik sampah pun boleh. Ikat elok2 ye takut angin kuat. 
7. kasut hiking yg sesuai.
8. mouth cover fabric (especially masa hike awal pg cuaca sejuk, bibir jd beku sbb suhu almost 0 degree) 
9. head scarf/cover utk tahan sejuk
10. extra battery for head lamp.
11. plastic bag extra utk sampah/jadikan rain cover
12. jajan spt coklat bar, energy bar secukupnya ketika mendaki
13. 1 atau 2 hiking stick/s - sgt membantu especially ketika turun. nak jaga lutut dan elak gelincir.
14. wet tissue (baby wipes) utk basuh apa yg patut. sbb di Laban Rata (LR)airnya sgt sejuk. Kalau malas mandi boleh baby wipes seluruh badan.
15. air botol minuman dan isi air utk bawa naik semasa mendaki. Dari LR just 1 liter air ok atau 500ml air mineral/air minuman.
16. bawa wisel....jika anda memerlukan pertolongan boleh tiup wisel utk panggil guide utk pertolongan ketika cemas
17. Cuaca di puncak kinabalu boleh jadi baik, boleh jadi tidak menentu. Jika hujan lebat dan disertakan angin kencang, ia amat bahaya especially di kawasan selepas Sayat Sayat KM7 menuju KM8 dan ke puncak. Batu semakin licin, air akan turun dari atas, Tali pula basah, sejuk.
18. extra layer of warm clothing. it can be too cold up there especially when it is raining.
19. Camera/HP charger.
20. Patuh arahan Guide, respect their decision in whatever situation.
TAK LARI GUNUNG DIKEJAR. AKI NABALU.

Paling lewat check out dari LR ialah jam 1030pagi. Jika turun awal, sekurang2 nya ambil masa dlm 4 hingga 5 jam.

jika di SSL, lunch disediakan di Balsam Restauran sehingga jam 430ptg.

Jika sudah sampai di Kinabalu Park office, anda boleh ambil sijil penyertaan dan kemudian biasanya belum pulang, tapi menginap dan rehat di kawasan kinabalu park atau ke pekan Kundasang banyak resort dan homestay di sana.

Selamat Mendaki! AKI NABALU.

No comments:

Post a Comment