Monday 11 February 2019

PANDUAN MELANCONG KE SIAM REAP KEMBOJA 2019

ketika cuti raya cina baru2 ini 4 hingga 7 februari 2019 saya bercuti ke Siem Reap Kemboja

ikuti coretan saya di laman blog saya yg lagi satu https://patinasampedas.blogspot.com/2019/02/panduan-melancong-ke-siem-reap-kemboja.html
Old Market di Siem Reap menjual pelbagai barangan cenderahati, emas, permata dan juga ada pasar basah di sini. dibuka dari pagi hingga mlm, berdekatan Pub Street.


Sunday 3 December 2017

Singapore Daytrip sept2017


last Sept 2017 i went to Singapore for a day trip with my wife. we stayed at JB near jln wong ah fook.

since our hotel is just a walk away from Kompleks Imigresen, so we walked to the Immigration Complex (IC). we had early morning breakfast and by 9am we entered the IC but as usual it takes time to pass through the Singapore Immigration. The immigration officer (spore) not so friendly, asked me to fill out all details including where to go. Since i planned a day trip i did not write the location of my destination. The officer insisted me to write the location of where i am going to. So i wrote Sentosa Island. Not so friendly.

Next time i would not go to Singapore as they are so sombong not tourist friendly.

so i passed through IC and arrive at Woodland and took MRT to downtown. We went to Sultan Mosque and had lunch there.

later we went to Sentosa Islands and in the evening to Marina Bay

by 8pm we head back to woodland and arrive in JB by 11pm.
 Kampong Glam is an old traditional Malay village in Singapore which now no longer a kampong.
 the Merlion Singapore
 Sultan Mosque in the background
 sultan mosque
 marina bay view at night


Thursday 10 August 2017

PERHENTIAN ISLAND AT TERENGGANU

The Perhentian Islands are a small group of beautiful, coral-fringed islands off the coast of northeastern Malaysia, not far from the Thai border. The two main islands are Perhentian Besar (“Big Perhentian”) and Perhentian Kecil (“Small Perhentian”). Kecil attracts more travelers as it has cheaper accommodation, while Besar is a little more expensive and caters more to families and those who want to avoid the backpacker party scene.
The Perhentian Islands offer some great diving and excellent snorkeling. In addition to coral and fish, the Perhentians are home to sea turtles and several species of shark. The islands are also crisscrossed by small paths connecting one beach to another, but be prepared to sweat and swat off bugs if you tackle any of these.
There is very little luxury accommodation on the Perhentian islands. with the top of the line being air-conditioned chalets and the bottom being a bunk in a longhouse. Discounts are usually negotiable in the off season but the better accommodation can get snapped up fast especially on weekends and holidays.
It is accessible via boat from Kuala Besut Jetty. Boat rides take about 30min. Kuala Besut is about 50km from Kota Bharu Kelantan. 
Many international tourists flock to Perhentian for long holiday break. 






Monday 3 April 2017

googleb09af4c20a3c34e9.html

Tips Mendaki Gunung Kinabalu (as of March 2017)



Saya kali pertama mendaki gunung Kinabalu pada 28.03.2017

ini beberapa tips atau panduan buat kalian yg kali ingin mendaki gunung kinabalu.

1. Buat tempahan awal dgn ejen yg dilantik oleh Sabah parks spt Sutera Sanctuary Lodge (SSL), Amazing Borneo dll 
2. Tempahan paling awal ialah sebulan sebelum subject to availability. Sometime available jika ada org cancel.
3. Paling awal 3 bulan, inshaAllah ada. Once dah confirm ada, bayar deposit, pihak SSL akan emel details berkenaan tempahan,
4. once confirm, beli tiket kapal terbang (jika anda drp semenanjung)
5. sebaik2nya tiba di Kinabalu Park sehari sebelum hari nak mendaki dan bermalam di kawasan Kinabalu Park atau kawasan berdekatan sebab dah berada di tanah tinggi bagi tujuan "acclimatization", utk elak altitude sickness bila berada di puncak kinabalu.


Barang2 yg perlu dibawa menaiki ke Laban Rata (LR)  (KM6)
1. head lamp
2. baju hujan (preferably mcm baju hujan org naik motor kapcai tu, siap baju dan seluar) sebab tahan angin especially di puncak. (pengalaman saya sendiri)
3. poncho - baju hujan plastik pun boleh tapi kadang2 ketika di puncak angin yg kuat akan terbangkan poncho, habis basah juga.
4. sarung tangan yg kalis air. (ada di jual di chalet/lodge berdekatan kawasan kinabalu park)
5. extra socks (takut2 hujan nanti basah stokin pertama, ada la spare)
6. rain cover utk beg galas (backpack rain cover), plastik sampah pun boleh. Ikat elok2 ye takut angin kuat. 
7. kasut hiking yg sesuai.
8. mouth cover fabric (especially masa hike awal pg cuaca sejuk, bibir jd beku sbb suhu almost 0 degree) 
9. head scarf/cover utk tahan sejuk
10. extra battery for head lamp.
11. plastic bag extra utk sampah/jadikan rain cover
12. jajan spt coklat bar, energy bar secukupnya ketika mendaki
13. 1 atau 2 hiking stick/s - sgt membantu especially ketika turun. nak jaga lutut dan elak gelincir.
14. wet tissue (baby wipes) utk basuh apa yg patut. sbb di Laban Rata (LR)airnya sgt sejuk. Kalau malas mandi boleh baby wipes seluruh badan.
15. air botol minuman dan isi air utk bawa naik semasa mendaki. Dari LR just 1 liter air ok atau 500ml air mineral/air minuman.
16. bawa wisel....jika anda memerlukan pertolongan boleh tiup wisel utk panggil guide utk pertolongan ketika cemas
17. Cuaca di puncak kinabalu boleh jadi baik, boleh jadi tidak menentu. Jika hujan lebat dan disertakan angin kencang, ia amat bahaya especially di kawasan selepas Sayat Sayat KM7 menuju KM8 dan ke puncak. Batu semakin licin, air akan turun dari atas, Tali pula basah, sejuk.
18. extra layer of warm clothing. it can be too cold up there especially when it is raining.
19. Camera/HP charger.
20. Patuh arahan Guide, respect their decision in whatever situation.
TAK LARI GUNUNG DIKEJAR. AKI NABALU.

Paling lewat check out dari LR ialah jam 1030pagi. Jika turun awal, sekurang2 nya ambil masa dlm 4 hingga 5 jam.

jika di SSL, lunch disediakan di Balsam Restauran sehingga jam 430ptg.

Jika sudah sampai di Kinabalu Park office, anda boleh ambil sijil penyertaan dan kemudian biasanya belum pulang, tapi menginap dan rehat di kawasan kinabalu park atau ke pekan Kundasang banyak resort dan homestay di sana.

Selamat Mendaki! AKI NABALU.

Mendaki Gunung Kinabalu March 2017

Hari Pertama 26/03/2017 Ahad
saya ambil flight Malindo dari KLIA ke KK OD1008 berlepas jam 1010 sampai KK jam 1240. Kelebihan naik Malindo ni, free luggage check in 30kg plus free light meal (pizza and cake and air minuman spt coke/7up/orange)
saya terpaksa tunggu kawan2 saya yg menaiki AirAsia yg tiba kemudian.
Untuk jimat kami naik bas awam di airpot untuk ke bandar KK, kos RM5 shj. Bayar di kaunter tiket bas, selepas keluar di ruang ketibaan.

Sampai di KK kami menginap di La Viva Hotel, hotel bajet berdekatan Kg Air



Menjelang malam kami makan makanan laut berdekatan/sebelah Pasar Besar KK berdekatan bulatan yg ada ikan todak. Makan berpada-pada lah sebab harga agak mahal juga melainkan anda tak kisah bayar. Kami pergi awal dalam jam 6ptg (sini awal malam) dan lagi pun perut dah lapar sangat.

Hari Kedua 27/03/2017 Isnin
Jam 1030 pagi kami bertolak menaiki Van Awam di Padang Merdeka berhadapan Dreamtel KK. Kos RM20 seorang dan caj rm5 setiap beg.
Perjalanan ke Kinabalu park melalui Tamparuli menuju Ranau. (Van ni ke Ranau sbg destinasi akhir) mengambil masa lebih kurang 3 jam bergantung kpd traffik. Jalan dari Tamparuli ke Ranau agak berliku, jika anda mudah pening dan muntah, sediakan beg plastik ye!

Sampai di Kinabalu park dalam jam 1330. Kami terus ke Sutera Sanctuary Resort/Lodge (SSL) untuk melapor diri.
pejabat Sutera Sanctuary Lodge di sini, dilayan mesra oleh dua gadis sabah. Kena bayar deposit (dikembalikan) RM50 untuk kunci lodge.

Penting untuk menginap satu malam di kawasan kaki gunung kinabalu (kinabalu park) bagi tujuan "acclimatisation" atau penyesuaian badan kita terhadap altitud tinggi. Kinabalu Park berada di ketinggian 1563meter atau 5128 kaki dari aras laut. 

Anda boleh juga memilih lain-lain chalet/lodge berdekatan kinabalu park yg kosnya lebih murah.
pemandangan dari atas pejabat taman kinabalu, di sini terletak beberapa chalet/lodge, anda boleh jalan kaki ke sini.
Pejabat Sutera Sanctuary Lodge
Kami menempah penginapan dan makanan dengan Syarikat Sutera Sanctuary untuk penginapan di Kinabalu Park dan juga di Laban Rata. Kami tempah pada Disember 2016.

Pada masa yg sama kami mendaftar diri di Pejabat Kinabalu Park dan membayar permit Guide (RM230 utk seorang guide bagi 5 pendaki). Kemudian bayar RM17 seorang utk kos transport pergi balik dari Kinabalu park ke Pintu Timpohon (jarak dlm 5km). 

Setelah dapat kunci bilik kami makan tengahari dulu di restoran (bayar sendiri, tak termasuk dalam pakej) sebab lapar sangat dah, perjalanan dari KK tadi memenatkan juga sebab naik van yg agak sempit. 

Pemandangan berlatar belakang Gunung Kinabalu

kami bermalam di sini, jarak dalam 10minit jalan kaki dari ofis kinabalu park.

Makan malam disediakan bermula jam 6ptg hingga 9mlm di Balsam Restaurant secara hidangan buffet. Masa ni jumpa ramai pelancong2 luar. Terasa mcm dok oversea dah hehehe.

Restoran Balsam utk makan malam dan juga makan pagi 28.3 dan ambik pek lunch


Hari Ketiga 28/03/2017 Selasa
hari yg dinanti2 kan muncul tiba, cuaca elok.
jam 8 kami ke ofis Kinabalu Park untuk berjumpa Guide dan simpan beg (barang2) yang tak perlu bawa ke atas gunung. Kos RM12 per bag dan diberi tag beg dan disimpan di ofis SSL. 

Kami makan pagi dan ambik pek lunch dan baru jumpa Guide kami Mr Luke (bukan Luke Skywalker!) oleh kerana rakan kami tak nak bawa beg, maka kami bayar upah Porter (kos rm13 per kg), disebabkan hanya satu beg sahaja maka Mr Luke jadi porter cum guide kami.

Trail to the Summit Mount Kinabalu only via Timpohon Gate (Mesilau trails is closed)


Kami menaiki Van ke Pintu Timpohon dan mula mendaki lebih kurang ja 930pagi

entrance ke Timpohon Gate, buat masa ini hanya gate ini boleh ke puncak kinabalu, trail Mesilau sudah ditutup sejak tanah runtuh/gempa bumi pada jun 2015. 

Anda kena bawa dan tunjuk pas dan tandatangan di Pondoh Timpohon (utk UP), senarai nama anda bersama kumpulan mengikut nama Guide.
Kena sentiasa pakai tag ini sepanjang masa mendaki dan tunjukkan di Sayat-Sayat Check point (KM7) sebelum ke puncak dan juga utk cek in di Laban Rata

Selepas masuk Timpohon Gate, anda perlu menurun...ni je la yg turun lepas tu naik je la sampai ke puncak hehehe. Langkah demi langkah dengan tabah, pasti akan sampai. 
mulakan langkah pertama anda di sini
Selepas turun beberapa mini anda akan bertemu Carson WaterFall.
Jangan berada lama di sini sebab ini kawasan bahaya sebab ada batu-batu jatuh dari atas. 

selepas Carson Fall memang dah mula mencanak naik, naik beribu2 tanga tapi jangan risau sepanjang perjalanan banyak pondok utk berehat, ada tandas dan air (untreated water source). 
Pondok pertama adalah Pondok Kandis lebih kurang 900meter dari starting point timpohon gate.
Pondok Kandis is the 1st rest area.
Pondok Ubah 

Squirrel ni can be aggressive mencari makanan, guide kami cakap jangan bagi makanan sebab nak ajar dia supaya makan makanan semulajadi di hutan. Hati-hati this small creature may hop onto your leg and grab whatever in your hands. Watch out also your beg.

Perjalanan diteruskan pada masa ini ada terserempak dengan Porter2 yang membawa barang naik ke atas. 

papan tanda jumlah kilometer banyak ada, ke Laban Rata 6km ye. Mungkin ambik masa 5jam, 7jam bergantung kpd stamina masing-masing.

Next Stop ialah Pondok Ubah




selepas Pondok Ubah, anda akan melalui papan tanda km 1.5 dan anda melalui jalan ini yg agak curam di tebingnya. harus jalan cepat-cepat di sini. bahaya jugak jika berlaku tanah runtuh.

1.5KM

Tangga-tangga Kejayaan Ke Puncak


Summit Trail ini trek ke puncak. Kawasan ini agak landai, lega la sikit

Pondok Lowii


tangga-tangga

tangga agak licin apabila hujan, hati-hati ye

Pondok Mempening 


Pakcik Porter ini berumur 74 tahun. Masih kuat! Setiap hari naik dan turun.
Pondok Layang-Layang

di sini batu-batu jd tangga semulajadi
Perjalanan semakin sukar, batu batan sahaja

Pondok Villosa 5km adalah antara pondok terdekat dgn Laban Rata.

Laban Rata (6km) with View of Kinabalu 

Layang-Layang Hut tempat Malim Gunung (Guide) lapor diri up or down


Di Pondok Layang Layang (KM4) kami berhenti lebih lama utk makan tengahari. Utk mana-mana hentian digalakkan jangan berhenti terlalu lama kerana badan anda akan jadi sejuk terutama pada cuaca yg amat dingin, kalau badan dah dingin susah pula nak hangatkan badan. 

Kami meneruskan langkah kami dari Pondok Layang_Layang ke Pondok Villosa (KM5) tangga agak curam dan memakan masa lebih lama. Tercungap-cungap juga lah. Pastikan anda minum air secukupnya supaya tidak terhidrat (kering).

Oleh kerana badan anda panas, anda hanya perlu selapis pakaian tebal (baju) long sleeve. Ada juga yg berpakaian t shirt selapis sahaja, cuma bagi saya ianya mendedahkan diri kpd kesejukan jika tiba-tiba hujan lebat. (Bawa Payung atau Poncho/Baju Hujan)


sebahagian trek ini dah berbatu-batu dan batu-batuan nya berbeza-beza pada ketinggian berbeza. it's all nature.

saya terjumpa pokok ini, carnivorous flower yang menelan serangga yg memasukinya. Biasanya pokok bunga ini berada di tanah tinggi. maksudnya anda dah berada pada ketinggian lebih dari 7000 kaki dari aras laut.

almost there to the Laban Rata, kepenatan sudah tidak terasa kerana view semakin cantik

ini adalah view point yg sedang dibina dan masih belum siap, ia berada di depan Waras Hut, tempat guide/malim gunung berehat. Dari sini anda mungkin dapat tengok pemandangan indah ke kaki gunung dengan diselaputi awan-awan. Puncak Kinabalu pun sudah boleh dilihat jika tiada kabus awan.



teruskan melangkag ke Laban Rata, dah dekat dah


superb view above the clouds

Akhirnya kami sampai ke Laban Rata pada jam 5 ptg, selepas 7 jam 30min mendaki.
Segala kepenatan hilang apabila dijamu dgn pemandangan indah.
Kami terus ke SSL Laban Rata dan cek in. Sempat solat jamak asar dan zuhur qasar.
Selepas itu terus makan malam di restoran di Laban Rata Hut. Makan Malam dijamu mulai jam 430ptg hingga 7 malam.

(Air kosong tidak dibekalkan dan tiada air panas spt air teh/kopi!) Nasib baik saya bawa air minuman extra.




dorm di Laban Rata, ada 2 pax, 4 pax, 6pax , 10pax mungkin bercampur dgn lelaki dan perempuan. Tuala tidak dibekalkan, air sejuk. Tandas Lelaki dan Perempuan asing. Anda tak perlu mandi, kalau nak mandi pun takpe, tapi memang sejuk. Masa saya sampai Laban Rata suhu 2 degree celcius. Water heater ada tp limited sbb guna tenaga solar (tu pun kalau matahari terik). Disarankan guna wet tissue utk lap badan anda. Selepas makan malam, elok la tido awal2 sebab memang dah penat. Jam 9malam dah off light dan semua orang kena tidur! Sebab nak kena bangun seawal 130am/2am.






Memang lena lah tido sebab badan sgt penat selepas 7 jam hiking up the ladders.


Hari Ketiga 29/03/2017 Rabu

Seawal jam 130pagi ada yg dah bangun. Sarapan pagi/Supper disediakan bermula jam 2pg. 
Jam 230pg ada yg mula trekking ke atas, next check point is Sayat-Sayat lebih kurang di KM7. (lebih kurang sejam dari Laban Rata)

Cuaca di pagi hari almost zero degree celcius. Anda memerlukan extra clothing utk menahan sejuk. HeadLamp is a must. Glove juga diperlukan utk elak jari-jemari jadi beku. head cover /mouth cover is optional wear.

Apabila hampir Sayat-Sayat anda akan nampak view lampu-lampu Kota Kinabalu di sebelah kiri, dan kanan adalah Ranau, Kundasang. Very nice.


di Checkpoint Sayat-Sayat anda kena tunjukkan tag anda. Nama anda akan direkod sebagai going UP. 
Sewaktu kami tiba di sini, angin kencang sudah mula bertiup. Kelihatan kilat sudah menyambar2 di sebelah timur. Waktu ini lebih kurang jam 430am.
Selepas Sayat Sayat checkpoint bermulalah danger zone area. Kena panjat melalui beberapa tangga dan kemudian kena panjat batu sambil pegang tali. Very steep actually. 

Halfway kami ke atas almost KM7.5 hujan mulai turun diserta angin agak kencang. Waktu ini ada beberapa hikers dan mula turun walaupun tidak sampai ke puncak. Saya juga amat risau jika angin ribut dan hujan lebat tiba maka bertambah sejuk dan beku. Lutut saya sudah rasa sejuk sebab baju hujan cover belah atas shj. Nafas pun rasa tak cukup, low oxygen content plus kena panjat batu at almost more than 50 degree steep. Akhirnya guide kami, Mr Luke mengarahkan kami back off. 

Di saat ini ramai juga hikers lain mula turun kembali. Dikhuatiri hujan makin lebat dan air dari atas akan turun dan batu jadi makin licin dan merbahaya.

Nak turun kena pegang tali, masalahnya glove yg kami pakai tidak kalis air. Memang sejuk beku la pegang tali tu. Saya terjatuh sekali terkena siku saya kerana batu licin.

Alhamdulillah lebih kurang jam 530am kami tiba di Sayat Sayat Checkpoint dgn selamatnya. Hujan masih turun.
Biarlah tak sampai ke Low's Peak , kerana teringat kata-kata "Tak Lari Gunung Dikejar" SAFETY FIRST.




 sayat sayat check point adalah last check point sebelum ke puncak, dari sini kelihatan puncak seringgit.
ini adalah danger zone, laluan batu, lihat betapa kecil manusia2 tu. mereka sedang turun. air pun dah mula turun. suhu almost zero.

Menurun ke Laban Rata ambil masa sejam shj. Turun utk makan pagi! Lapar wooi.



di Laban Rata adalah terletaknya Pos Box POS Malaysia yg paling tinggi di Malaysia. 



 view Laban Rata dan Gunung Kinabalu
 entrance Laban Rata Hut
Check out time ialah jam 1030am, jika lewat kena denda RM100 per 30min. (basically to enable the staff to prepare the rooms for the next group of hikers)

We started to go down at 1030am after taking some photo at Laban Rata heli pad iaitu kawasan lapang (kat sini lah heli mendarat utk ambil mayat2 yg mati ketika kejadian gempa bumi di sini pada jun 2015).






lebih kurang jam 11pg kami mula turun. sampai di Timpohon gate jam 330ptg.

saya berazam utk kembali mendali kinabalu sehingga ke puncak. sudah tahu trek mcm mana lagi senang la what to expect.

sekian coretan saya. next coretan saya nak tulis barang2 keperluan yg perlu anda bawa semasa hiking kinabalu.