Wednesday 15 March 2017

Gold Coast Australia Memang Tempat Menarik Utk Dilawati



Saya pernah ke Gold Coast Australia pada tahun 2008 dengan menaiki Air Asia. itu lah kali pertama saya menjejaki kaki ke benua Australia. Saya pergi dengan isteri dan dua orang anak saya dan juga rombongan ahli syarikat jualan langsung NZ New Image Sdn Bhd.

Trip tersebut adalah trip PERCUMA kerana kami mendapat jualan terbanyak di Malaysia, itu kisah 9 tahun lalu.

Gold Coast memang tempat tumpuan ramai pelancong
https://vulcanpost.com/602811/travel-gold-coast-australia-free-activities-tips-air-asia-promotion/?utm_source=taboola&utm_medium=msn-malaysia-home&utm_term=Why+Malaysians+Are+Flying+to+the+Gold+Coast+This+April&utm_content=http%3A%2F%2Fcdn.taboolasyndication.com%2Flibtrc%2Fstatic%2Fthumbnails%2F23ee9f342ecd44a6f25934f762d53625.jpg

Wednesday 8 March 2017

Restoran Halal di Guangzhou

restoran Mint Leaf ini terletak di Beijing Lu, Guangzhou





Saya melancong ke Guangzhou pada 23hb Disember 2016 hinga 27 Disember 2016 dengan menaiki Thai Airways, transit Bangkok then to Baiyun International Airport di Guangzhou, China.

Day 1
Saya sampai di Airport Baiyun (CAN) pada jam 1230tgh waktu tempatan sama dgn waktu Malaysia.  Kemudian saya ambil teksi di luar terminal, di tingkat bawah, tak perlu beli tiket, hanya perlu beratur ikut lane teksi di luar. Jangan ambil teksi drp tonto-tonto/ulat2 teksi yg akan menegur anda.

Sebelum keluar anda boleh singgah di kaunter tourist information, minta map guangzhou dlm bahasa inggeris dan juga bahasa cina sbb nanti sng nak tunjuk kpd pemandu teksi yg versi cina.

perjalanan saya ke Beijing Lu (lu=road dlm bahasa China) di mana hotel saya ditempatkan. Beijinh Lu adalah kawasan pelancong antarabangsa utk shopping, ianya dalam daerah YueXiu kalau tak silap saya.

Alhamdulillah perjalanan ke bandar tidak jem sebab diluar waktu puncak lagi pun Guangzhou ni bukan mcm bandar besar lain di dunia...iaitu ramai penduduknya menggunakan samada MRT (subway train)[dikenali Guangzhou Metroline], kayuh basikal, bas awam. Jadi tak lah jem sangat.

perjalanan dari airpot ke beijing road lebih kurang 40min dan melalui toll (murah je), so akhirnya kos teksi saya dalam RMB140 termasuk toll. Saya dah print booking form hotel Grand Continental International Apartment (Sunny Apartment) dalam dwi bahasa (eng dn china) supaya pemandu teksi faham. 

suhu sekitar 23 degree celcius, taklah sejuk sgt tapi jika hujan dan berangin (windy) boleh turun hingga hampir 10 degree celcius.

Day 2